~Kepentingan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan..
By; Noraisah Abu Bakar
Peruntukan di bawah Perkara 3 ini adalah penting kerana, Perkara 3 menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan..Selain itu , Perkara 3 ini juga memberikan hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka masing-masing dengan aman dan damai tanpa gangguan daripada mana-mana penganut agama lain..Seterusnya,menjelaskan kedudukan Raja -Raja sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja..Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka , Pulau Pinang ,Sabah, dan Sarawak..Manakala,Wilayah Persekutuan ,Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan hal ehwal Islam dan menubuhkan Majlis bagi menasihati Yang di Pertuan Agong berkenaan dengan hal ehwal agama Islam..Akhir sekali ,semua negeri dalam persekutuan kecuali Sarawak juga telah menjadikan Islam sbagai agama negeri..
#SEJAUH MANAKAH AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DIAMALKAN DAN DILINDUNGI#
- Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan ,tiap-yiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4),mengembangkan agama..
- Untuk tujuan ini beberapabuah negeri telah mewujudkan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama lain di kalangan orang islam..
- Contonya , di Kelantan telah mewujudkan enakmen tersebut dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987..
- Selain itu ,Kedah ,Melaka dan Selangor juga meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988..
- Manakala, Perkara 13 fasal(2) memperuntukan,.tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanakdalam kumpulan agama itu sendiri dan tidak boleh ada perbezaan semata-mata undang-undangberkaitan dengan institusi tersebut..Tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesebuah negeri menubuhkan atau menyenggara institusi islam atau membantu dalam mengadakan ajaran dalamagama Islam..
- Undang -undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri ..Namun begitu perkara dalam bidang kuasa mereka adalah terhad..
- Antaranya dalam hal ehwal keluarga , nikah ,cerai,penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka dll..
No comments:
Post a Comment