Thursday, 14 August 2014

6.4 Konsep Toleransi Agama

~6.4.1 : Medium Dialog Sebagai Platform Menjelaskan Agama..

by ;Norkaedah Bt Mapileh

  • Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaundan agama.Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama..
  • Etika yang perlu dipatuhi dalam dialog antara agama ialah.:
Pertama; ia tidak boleh menjejaskankerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep tauhid yangterkandung si dalam ajaran Islam .Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli 1998)

Kedua , mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa melibatkan persoalan aqidah.Menurut Soroush (2001), ia merangkumi penekanan kepada sistem moral yang baik ,penekanan keada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk ,siakp alami terhadap alam semesta ,penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu..

Ketiga ,mnerima pluralisme agama yang positif .Iadicirikan dengan :

1.Tidak sekadar menunjukkan adanya kemajmukan tapi keterlibatan aktif yang mana setiap pemeluk agama dituntut bukan sahajamengakui keberadaan dan hak agama lain ,tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dan kepelbagaian..

2.Harus dibezakan dari kosmopolitanisme.Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu realiti di mana pebagai ragam agama ,ras dan bangsa hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap minima..

3.Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai.Kesannya ,semua agama adalah sama .

4.Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan agama baru,..(Alwi ,1998)

Keempat, mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain..(cultural and religious ridicule) dan mengelakkan perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan..

6.3 Peranan Islam dan masyarakat majmuk

~6.3.1 : Konsep Kebebasan Beragama..

by : Nur Syahirah




  • Walaupun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan , tetapi secara harmoninya , penganut-penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka..
  • Perkara 11(3) Perlembagaan juga memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri , menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masing-masing dan khairat , memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang..
  • Kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam..
  •  Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam..
  • Perkara 11(4) Perlembagaan memperuntukkan "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan ,undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam..
  • Dibawah perkara 11(4) Perlembagaan tersebut ,maka kerajaan -kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam , sebagaimana berikut:-
     1.Enakmen Kawalan Dan Sekatan ( Pengembangan Agama Bukan Islam )Terengganu ,1980(Enakmen No. 1/1980)
2.Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam ) Kelantan , 1981 (Enakmen No. 11/1981)
3.Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam )Melaka ,1988

Wednesday, 13 August 2014

~Kepentingan perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan..

By; Noraisah Abu Bakar

Peruntukan di bawah Perkara 3 ini adalah penting kerana, Perkara 3 menjelaskan bahawa Islam adalah agama persekutuan..Selain itu , Perkara 3 ini juga memberikan hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka masing-masing dengan aman dan damai tanpa gangguan daripada mana-mana penganut agama lain..Seterusnya,menjelaskan kedudukan Raja -Raja sebagai ketua agama di negeri-negeri melainkan negeri yang tidak mempunyai raja..Yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka , Pulau Pinang ,Sabah, dan Sarawak..Manakala,Wilayah Persekutuan ,Parlimen boleh membuat undang-undang berkenaan dengan hal ehwal Islam dan menubuhkan Majlis bagi menasihati Yang di Pertuan Agong berkenaan dengan hal ehwal agama Islam..Akhir sekali ,semua negeri dalam persekutuan kecuali Sarawak juga telah menjadikan Islam sbagai agama negeri..




#SEJAUH MANAKAH AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DIAMALKAN DAN DILINDUNGI#

  • Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan ,tiap-yiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4),mengembangkan agama..
  • Untuk tujuan ini beberapabuah negeri telah mewujudkan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama lain di kalangan orang islam..
  • Contonya , di Kelantan telah mewujudkan enakmen tersebut dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987..
  • Selain itu ,Kedah ,Melaka dan Selangor juga meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988..
  • Manakala, Perkara 13 fasal(2) memperuntukan,.tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanakdalam kumpulan agama itu sendiri dan tidak boleh ada perbezaan semata-mata undang-undangberkaitan dengan institusi tersebut..Tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesebuah negeri menubuhkan atau menyenggara institusi islam atau membantu dalam mengadakan ajaran dalamagama Islam..
  • Undang -undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidang kuasa Dewan Undangan Negeri ..Namun begitu perkara dalam bidang kuasa mereka adalah terhad..
  • Antaranya dalam hal ehwal  keluarga , nikah ,cerai,penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka dll..




Latar belakang sejarah kemasukan Islam di Tanah Melayu

~Latar belakang sejarah kemasukan Islam di Tanah Melayu~

  • Raja dan rakyat negeri Melaka mula memeluk Islam pada awal abad ke-15 Masihi.
  • Bukti-bukti sejarah penerapan idea-idea Islam dalam kehidupan mereka , agama Islam yang sangat dikenali rapat dikalangan masyarakat Melayu di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu , jelas telah menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah Melayu..
  • Tun Salleh Abas ( sila lihat:Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constitution dlm Mohamed Sufflan. H.P.Lee & Trinda de (ed.) 1978.The Constituition of Malaysia, Its Development 1957-1977 . Kuala Lumpur:Oxford University Press) telah menyebut bahawa Islam telah menjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu..
  • Pada awalnya ,Islam dibaea oleh pedagang-pedagang Arab ke India & India Islam telah tersebar kr Tanah Melayu pada abad ke-15 &sejak itu orang-orang Melayu diislamkan..


Trditional Elements of the Constituition dlm Mohamed Sufflan .H.P. Lee & Trinda de (ed.)


6.2.1 PERKARA 3 (1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN...
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutua..

(2)Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja , kedudukan Raja ,kedudukan Raja sebagai ketua Ugama Ilam dalam negeriny secara dan setakat mana yang diakuidan diistiharkan oleh Perlembagaan Negari itu, dan juga , tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu , segala hak ,keistimewaan , hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehny sebagai Ketua Ugama Islam..Tidak tersentuh dan tercatat , tetapi dalam apa-apa perbuatan ,amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya melitupi seluruh Persekutuan ,maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan gong mewakilinya..

(3) Perlembagaan -perlembagaan bagi Negeri negeri Melaka ,Pulau Pinang ,Sabah dan Sarawak hendak lah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agomg kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri itu,..

(4)Tiada apa-apa dalam perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini..

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini ,Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Ugama Islam dalam wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ,Labuan ,dan Putrajaya;dan bagi maksud ini Parlimen boleh membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara2 berhubungan dengan Ugama Islam..





6.2.1..Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

Welcome to my new Blogger.

Assalamualaikum & salam sejahtera . Page ini memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pengajian malaysia yang dijayakan oleh kumpulan kami iaitu 'Mat Salleh' dari DKA1A seksyen 1 , POLIKK , dan dipantau oleh lecturer kami iaitu Ms. Lynnie Jada . Artikel-artikel atau pun post yang terdapat dalam page ini untuk dikongsi bersama terutamanya dengan mereka yang mengambil kursus Pengajian Malaysia . Kumpulan kami juga menggunakan page ini untuk memaparkan bahan-bahan mata pelajaran serta video untuk tatapan bersama .