~6.4.1 : Medium Dialog Sebagai Platform Menjelaskan Agama..
by ;Norkaedah Bt Mapileh
- Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaundan agama.Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama..
- Etika yang perlu dipatuhi dalam dialog antara agama ialah.:
Pertama; ia tidak boleh menjejaskankerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep tauhid yangterkandung si dalam ajaran Islam .Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli 1998)
Kedua , mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa melibatkan persoalan aqidah.Menurut Soroush (2001), ia merangkumi penekanan kepada sistem moral yang baik ,penekanan keada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk ,siakp alami terhadap alam semesta ,penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan penekanan kepada budaya ilmu..
Ketiga ,mnerima pluralisme agama yang positif .Iadicirikan dengan :
1.Tidak sekadar menunjukkan adanya kemajmukan tapi keterlibatan aktif yang mana setiap pemeluk agama dituntut bukan sahajamengakui keberadaan dan hak agama lain ,tetapi terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dan kepelbagaian..
2.Harus dibezakan dari kosmopolitanisme.Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu realiti di mana pebagai ragam agama ,ras dan bangsa hidup berdampingan di satu lokasi tetapi interaksinya pada tahap minima..
3.Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai.Kesannya ,semua agama adalah sama .
4.Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau sebahagian komponen ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan agama baru,..(Alwi ,1998)
Keempat, mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain..(cultural and religious ridicule) dan mengelakkan perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan..
No comments:
Post a Comment